Ibn Haitham

Kajian sainsnya digunakan oleh Barat
Islam sering kali diberikan gambaran sebagai agama yang
rnundur lagi memundurkan. Islam juga dikatakan tidak
menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai
lapangan ilmu. Kenyataan dan gambaran yang diberikan itu
bukan sahaja tidak benar tetapi bertentangan dengan
hakikat sejarah yang sebenarnya.


Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai
golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah,
sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, perubatan, dan
sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh
ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu
tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang singkat dapat
menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak.
Walaupun tokoh itu lebih dikenali dalam bidang sains dan perubatan
tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama,
falsafah, dan se umpamanya. Salah seorang daripada tokoh tersebut
ialah Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan 
ibnu al-Haitham.
Dalam kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali dengan nama
Alhazen. Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan
dengan 965 Masihi. Beliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah
sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya.
Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana,
beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad.
Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan
perhatian pada penulisan.
Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir.
Semasa di sana beliau telah mengambil kesempatan melakukan
beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta
menyalin buku-buku mengenai matematik dan falak. Tujuannya adalah
untuk mendapatkan wang saraan dalam tempoh pengajiannya
di Universiti al-Azhar.
Hasil daripada usaha itu, beliau telah menjadi seo­rang yang amat mahir
dalam bidang sains, falak, mate­matik, geometri, perubatan, dan
falsafah. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan
yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya
mengenai perubatan mata telah menjadi asas kepada pengajian
perubatan moden mengenai mata.
Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan.
Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli
sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta
teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemui
pelbagai data penting mengenai cahaya.
Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light dan On
Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja
dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang
bayang dan gerhana.
Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila mata­hari berada
di garis 19 darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan
hilang apabila mata­hari berada di garis 19 darjah ufuk barat. Dalam
kajiannya, beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya
seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang
dibakar dan dari situ terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu telah
digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar
yang pertama di dunia.
Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui prinsip isi
padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui
perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemui
kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya.
Selain itu, teori Ibnu Hai­tham mengenai jiwa manusia sebagai satu
rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur telah
memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan wayang
gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang
kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton
sebagaimana yang dapat kita tontoni pada masa kini.
Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah,
logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan.
Beliau turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana
terdahulu.
Penulisan falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam
masalah yang menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan
pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada
pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya.
Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab
itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua
pandangan yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai falsafah
amat menarik untuk disoroti.
Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik,
sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus
dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan
waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat,
kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan.
Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah
mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga
kini beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan makalah. Antara buku
karyanya termasuk:

1. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu
   metametik dan metametik penganalisaannya;
2. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;
3. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;
4. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah 
    kiblat bagi segenap rantau;
5. M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam 
    urusan hukum syarak dan
6. Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.

Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak.
Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari
segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa
pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan
"diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang
sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih
kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka
kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan.
Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan
ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah
telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu
tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.









Terimakasih…
Untuk cintaMu,
Untuk kasihMu,
Untuk sayangMu,
Padaku.
Maafkan aku…
Karna ku tak sanggup
Tuk membalasnya,
Sebenarnya…
Aku pun mencintaiMu


Maulana Miftahul Khairi





Ampunkanlah kedua orangtuaku

Ya Allah, aku menghulurkan kedua tanganku memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu. Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah...
Ya Allah segala pujian bagiMu, Pemelihara sekalian Alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Penguasa hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat atas mereka, bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.


Kurma dan kesehatan

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:”Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”.
            Kurma diangkat tinggi oleh RAsulullah karena mempunyai nilai gizi yang tinggi. Kurma mengandung sumber energi yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium.
            Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 %. Serat 2.0 hingga 4.0 % persen, kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah terproses. Artinya apabila kita memakan kurma, energi yang diserap tubuh adalah langsung dikonsumsi oleh tubuh.
            Sebaiknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenal sebagai fruktosa. Gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandung sukrosa tidak  bisa langsung diserap oleh tubuh. Sukrosa dipecah dahulu oleh enzim sebelum diubah menjadi glukosa sebelum diserap tubuh sebagai tenaga.
            Kita makan kurma tanpa membuang kulitnya yang mengandung serat. Karena serat amat baik untuk mencegah pendarahan usus besar, karena serat memudahkan untuk buang air besar.
            Selain itu ia mengandung mineral dan yang paling banyak dikenali sebagai potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf dan kurma adalah sumber yang baik. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandung potassium tetapi jumlahnya sedikit.
            Pengambilan potassium yang berlebihan tidak menumpuk toksid di dalam tubuh atau memudharatkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, pegal-pegal badan, letih, lesu, stress serta menguatkan ingatan.
            Diriwayatkan oleh Aisyah ra yang menjelaskan kurma mengandung obat. “Barangsiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan”.




10 kategori perbuatan sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadits yang terkemuka menyatakan bahwa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, yaitu:
1.      Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu bapaknya sendiri dan kaum muslimin.
2.      Orang yang kerapkali membaca al-Qur’an, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3.      Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul masjid.
4.      Orang-orang yang melewati tanah pekuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
5.      Laki-laki yang masuk pada hari Jumat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumat berjamaah.
6.       Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7.      Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan  tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8.      Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tamunya itu.
9.      Pemuda yang menjadikan waktu mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10.  Orang yang tidak menyadari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya. Wallahu’alam
Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, ibadahku adalah semata-mata karena Allah swt.

Maha Suci Engkau Ya Allah sekedar niat pun berpahala…

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah SAW telah meriwayatkan bahwa Allah swt telah berfiman: Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan. Kemudian Rasulullah menerangkan hal itu:
Barangsiapa ingin melakukan kebaikan, tetapi tidak lagi melakukannya, maka Allah mencatatkan niatnya itu sebagai kebaikan yang sempurna di sisiNya.
Jika seseorang itu berniat untuk melakukan kebaikan lalu mengerjakannya, maka Allah mencatatkan di sisiNya sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali ganda seterusnya hingga gandaan yang sebanyak-banyaknya.
Jika seseorang berniat ingin melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya, maka Allah mencatatkannya sebagai satu kebaikan yang sempurna di sisiNya.
Jika dia berniat melakukan kejahatan lalu mengerjakannya, maka Allah mencatatnya sebagai satu amalan kejahatan saja.


AKU BERHARAP BERTEMU ALLAH

            Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya karena ia akan keluar untuk shalat. Ketika itu datanglah seoarang Baduwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli antara Baduwi itu dengan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.
            Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya 400 dirham. Saudara Yunus menunjukkan suatu barang yang seharusnya seharga 200 dirham. Barang tersebut dibeli oleh Baduwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Di tengah jalan, dia bertemu dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si Baduwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Memang dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada S Baduwi itu,”Berapakah harga barang itu kamu beli?” Baduwi itu menjawab,”Empat ratus dirham.” “Tetapi harga sebenarnya cuma 200 dirham saja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan uang selebihnya kepada saudara.” Kata saudagar Yunus. “Biarlah, itu tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang 400 dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah 500 dirham.”
            Tetapi saudagar Yunus itu tidak mau melepaskan Baduwi itu pergi. Didesaknya juga agar Baduwi tersebut  balik ke kedainya dan ketika tiba dikembalikan uang sisanya kepada Baduwi itu. Setelah Baduwi itu pergi, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya,”Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan harga dua kali lipat?” marah saudagar Yunus lagi. “Tetapi dia sendiri yang mau membelinya dengan harga 400 dirham.” Saudaranya coba mempertahankan bahwa dia pihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi,”Ya, tetapi di atas punggung kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan diri kita sendiri.”…
            Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi pedagang-pedagang kita yang beriman, amatlah tepat. Karena ini menunjukkan pribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rizki yang halal. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda,”Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rizki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau di harga.”(Diriwayatkan oleh lima Imam kecuali Nasai)


Kegelapan malam takkan selamanya

Waktu terus berjalan bagaikan awan. Tak peduli dan tak pernah mau menunggu siapapun yang ada di belakangnya. Hingga seorang penyair mengatakan,”Berhenti tidak ada tempat di jalan ini”. Dan yang lain mengatakan,”Janganlah duduk berpangku tangan sambil berkata,”Zaman telah menggilasku”

            Adakalanya hidup terasa jenuh dan membosankan. Hari-hari yang berlalu seakan tak ada artinya lagi. Kegagalan demi kegagalan, cobaan demi cobaan tiada henti, terkadang bersahabat karib dengan sangat setia.
            Diripun terseret dalam lorong kegelapan yang sangat pekat. Terlalu panjang seakan tiada berkesudahan. Bunuh diri, jalan pintas hina yang ditempuh oleh orang-orang yang tdak amemiliki keimanan. Belum tentu yang miskin, terkadang justru yang bergelimang harta benda, bertahtakan kemewahan dan kemasyhuran.
            Tipudaya dunia memang memikat namun terkadang mematikan. Tentu saja itu buat orang-orang yang tiada keimanan kepada Sang Pencipta. Keimanan dan keyakinannya bagaikan pelita yang tak pernah padam. Dalam kondisi lapang maupun terhimpit, bahagia maupun menderita tak pernah terlepas hidupnya dari bimbingan Allah.
            Ketika kegelapan menyelimuti, keyakinannya tetap teguh, tidak goyah, pantang putus asa. Masih ada tempat kembali, memohon, tempat meminta…Dialah Allah…

Assalamu'alaikum






Free Blog Content







ShoutMix chat widget