Hanya memberi tak mengharap kembali


            Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu mengulurkan selembar kertas yang bertuliskan sesuatu. Si ibu segera mengusapkan tangan di kain dan menerima kertas yang diulurkan oleh si anak lalu membacanya…

Biaya upah membantu ibu:
1.      Tolong pergi warung                 Rp. 500
2.      Tolong jaga adik                       Rp. 1500
3.      Tolong buang sampah               Rp. 500
4.      Tolong merapikan kamar          Rp. 1500
5.      Tolong siram bunga                   Rp. 1500
6.      Tolong sapu rumah                   Rp. 500
Jumlah                                                            Rp. 6000

            Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berputar di pikirannya. Si ibu meraih sebuah pena dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

            Biaya mengandungmu selama 9 bulan                            CUMA-CUMA
            Biaya berjaga malam karena menjagamu                                   CUMA-CUMA
            Biaya kelelahaN merawatmu                                                     CUMA-CUMA
            Biaya memberi makan,minum,pakaian dan keperluanmu            CUMA-CUMA
            Biaya air mata yang menetes karenamu                          CUMA-CUMA
            Jumlah keseluruhan nilai kasihku                CUMA-CUMA

            Si anak terdiam menerima kembali lembaran itu, memahami apa yang dibacanya. Dengan mata yang airnya menetes mengambil pena dan menulis,
“Telah dibayar lunas, tidak bisa mengembalikan kelebihannya”


ISTIQOMAH takkan datang gelap karenanya


            Kita selalu mengimpikan segala yang baik. Kita tidak pernah memohon diberikan jalan yang berliku dan penuh duri. Kita senantiasa impikan melalui jalan lurus yang sudah rata. Tiada siapa yang mau tidur beratap langit, beralas tanah serta hidup mengais-ngais sampah mencari sisa makanan.
            Namun setiap manusia akan diuji mengikut derajat keimanan dan kemampuannya. Para rasul ulul azmi adalah mereka yang paling tahan diuji. Selanjutnya diikuti oleh rasul dan nabi-nabi lainnya.
            Kalaulah persoalan hidup selalu menghimpit. Dirudung terus dengan kepedihan karena kegagalan demi kegagalan. Keinginan demi keinginan pula tidak tercapai. Yakin, semua ada hikmah yang terkandung.

Menepis putus asa
1.      Apa yang ada di dunia tidak kekal. Tidak perlu memaksa diri harus mencapai keinginan. Sebaliknya tidak perlu kecewa ketika tidak tercapai. Mengapa sedih hanya untuk sesuatu yang fana tidak kekal.
2.      Semuanya bisa berubah sesuai dengan kehendak Allah. Kesulitan akan berubah jadi kemudahan.
3.      Sikap istiqomah menjadi benteng pertahanan. Istiqomah berarti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada aqidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam kondisi apapun.
Istiqomah merupakan dsaya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam menjalani hidup.

Tahap-tahap istiqomah
            Ada tiga tahap istiqomah yang perlu berlaku serentak, yaitu:
            Istiqomah hati : senantiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati, menjauhi sifat-sifat cela seperti riya’ dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutama ikhlas.
            Istiqomah lisan : memelihara lisan atau tutur kata supaya senantiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran, tidak berpura-pura, tidak bermuka dua dan tidak terombang-ambing suasana.
            “…Allah menetapkan(pendirian)orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat…(QS. Ibrahim:27)”
            Istiqomah berusaha : tekun bekerja atau usaha untuk mencapai kejayaan yang diridhai oleh Allah. Dengan kata-kata lain istiqomah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan suatu pekerjaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini terwujud dari dorongan hati yang istiqomah.

Hikmah istiqomah
            Istiqomah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apapun jua pengaruh dan tantangan. Sikap ini menjadikan seseorang terus berusaha untuk mencapai tujuan dengan usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan. Tentu saja tetap di bawah garis ketentuan Yang Maha Kuasa.
            Sebaliknya, sungguh malang nian orang yang tidak mempunyai tujuan dan perjuangan dalam hidupnya. Mereka hanyut bagaikan buih di sungai. Berserah pada takdir tanpa usaha, atau mereka mengikut arus dan perubahan zaman tanpa prinsip dan pendirian, iman mereka rapuh, amal ibadah mereka tidak menetap dan akhlak mereka diwarnai berbagai budaya buruk.
            Karunia Allah akal, pikiran, kekuatan, kesehatan dan keahlian disia-siakan. Manusia seperti ini semoga bukan kita. Kita berlindung kepada Allah.




Mutiara Amaly vol.4 hal 17-18


Jabir Ibn Haiyan
Bapak Ilmu Kimia

Jabir Ibn Haiyan (750-803 Masihi), yang lebih akrab
dipanggil "Si Geber dari Abad Pertengahan" juga dikenali
sebagai "Bapa Ilmu Kimia Dunia". Beliau yang nama
penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, telah berhasil
menempatkan dirinya sebagai ilmuwan terkemuka sejak
dia mengamalkan bidang perubatan dan alkimia di Kufah
(sekarang Iraq) di sekitar tahun 776 Masihi yang silam.
Pada peringkat awal kerjaya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, beliau pernah berguru pada Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia.

Beliaulah yang memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen didunia alkimia. Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu kimia moden.

Jabir banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan pengembangan kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan. Beliau mencu-rahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia. Jadi, beliau mengembangkan ilmu kimia sebagai cabang ilmu alkimia.

Beliau menegaskan bahawa kuantiti yang tepat daripada bahan kimia saling berhubungan dengan wujudnya tindak balas kimia yang akan berlaku. Oleh sebab itu, bolehlah dikatakan bahawa Jabir telah meletakkan dasar ke atas hukum nisbah tetap.

Sumbangan yang paling asas oleh Jabir dalam bidang ilmu kimia termasuk juga dalam bidang penyempurnaan pendekatan saintifik, seperti pada proses penghabluran, penyulingan, kalsinasi (penukaran logam kepada oksidanya dengan cara pembakaran), pejalwap dan penyejatan serta pengembangan terhadap beberapa peralatan untuk menjalankan eksperimen itu.

Pencapaian praktis utama yang disumbangkan oleh beliau ialah penemuan bahan mineral dan asid, yang telah pun dipersiapkan pertama kali dalam penelitian tentang alembik (Anbique). Rekaannya terhadap alembik membuatkan proses penyulingan menjadi lebih mudah dan sistematik.

Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik. Penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada duanya didunia.

Oleh sebab itulah, mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia Moden" oleh rakan sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan Max Mayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir Ibnu Haiyan.

Tegasnya, Jabir merupakan seorang pelopor dalam beberapa bidang pengembangan ilmu kimia gunaan. Sumbangan beliau termasuk juga dalam pembangunan keluli, penyediaan bahan-bahan logam, bahan antikarat, tinta emas, penggunaan bijih mangan dioksida untuk pembuatan kaca, bahan pengering pakaian, dan penyamakan kulit.

Sumbangan beliau juga pada menyediakan pelapisan bahan anti air pada pakaian, serta campuran bahan cat, dan gris. Selain itu, beliau juga mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia.

Idea eksperimen Jabir itu sekarang telah menjadi dasar untuk mengklasifikasikan unsur-unsur kimia, terutamanya pada bahan logam, bukan logam, dan penguraian bahan kimia. Beliau telah merumuskan tiga bentuk berbeza daripada bahan kimia berdasarkan unsur-unsurnya:
  1. Cecair (spirit), yakni yang mempengaruhi pengewapan pada proses pemanasan, seperti pada bahan kapur barus (camphor), arsenik, dan ammonium klorida.
2.              Logam, seperti emas, perak, timah, tembaga, besi.
3.              Bahan campuran, yang boleh ditukar menjadi serbuk.
Pada abad pertengahan, risalah-risalah Jabir dalam bidang ilmu kimia - termasuk kitabnya yang masyhur, Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab'een, telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Bahkan terjemahan Kitab Al-Kimya telah diterbitkan oleh orang Inggeris yang bernama Robert Chester pada tahun 1444, dengan judul The Book of the Composition of Alchemy.

Buku kedua, Kitab Al-Sab'een diterjemahkan juga oleh Gerard dari Cremona. Berthelot pula menterjemahkan  beberapa  buku beliau, yang antaranya dikenali dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances, dan Book of Eastern Mercury.

Berikutnya pada tahun 1678, seorang berbangsa Inggeris, iaitu Richard Russel mengalihbahasakan karya Jabir yang lain dengan judul Sum of Perfection. Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richardlah yang pertama kali menyebut Jabir dengan sebutan Geber. Dialah yang memuji Jabir sebagai seorang pendeta Arab dan juga ahli falsafah.

Buku ini kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad lamanya dan telah member! impak dan pengaruh yang cukup besar kepada evolusi ilmu kimia moden. Istilah alkali, pertama kali ditemukan oleh Jabir.

Sungguhpun begitu, daripada semua karyanya, hanya sedikit sahaja yang telah diterjemahkan. Sebahagian besar karyanya tetap kekal dalam bahasa Arab.





Ketika kau lihat hujan,
Coba kau hitung berapa tetes yang turun..
Sebanyak itulah aku merindukanmu.
Ketika kau lihat pasir di lautan,
Coba kau hitung berapa butirannya..
Sebanyak itulah aku jatuh cinta padamu.
Ketika kau lihat pelangi,
Coba kau nikmati warnanya..
Secerah itulah kau ceriakan hidupku.


Kami menghadapMu Ya Allah


Ya Allah, aku bermohon padaMu, dengan permohonan orang yang tunduk dan menyerah, yang hina dan rendah, yang ketika kesulitan menyampaikan hajatnya padaMu.
Ya Allah, aku bermohon padaMu dengan permohonan orang yang berat keperluannya, dan yang menyatakan keperluannya, dan yang menyatakan kepadaMu ketika menghadapi segala kesusahan hajatnya, dan orang yang kehendaknya terhadap apa yang ada disisiMu amat besar
Ya Allah, tidak aku dapatkan pengampunan bagi dosaku, dan tiada penutup bagi kejelekanku, dan tiada yang dapat menggantikan amalku yang buruk dengan kebaikan, melainkan Engkau
Ya Allah, pelindungku, betapa banyak kejelekan diriku telah Engkau tutupi, betapa banyak malapetaka telah Engkau atasi, betapa banyak rintangan yang Engkau singkirkan, betapa banyak bencana telah Engkau tolakkan, dan betapa banyak pujian baik yang tidak layak bagiku telah Engkau sebarkan.
Ya Allah, besar sudah bencanaku, berlebihan sudah keburukan halku, dan rendah benar amal-amalku, berat benar belenggu kemalasanku, dan angan-angan panjangku telah menahan manfaat dari diriku, dunia dengan tipu dayanya telah memperdayakanku, dan diriku telah terperdaya karena tipudayanya
Ya Allah…aku bermohon kepadaMu dengan segala kekuasaanMu, jangan Engkau hijab doaku karena keburukan amal dan perangaiku, dan jangan Engkau bukakan rahasiaku yang tersembunyi, yang telah Engkau ketahui, dan jangan Engkau segerakan siksa padaku, karena perbuatan buruk dan kejelekan yang aku lakukan dalam bersendirian, karena kebiasaanku untuk melanggar batas, dan kebodohanku, karena banyaknya nafsuku dan kelalaianku
Ya Allah, dengan kemuliaanMu, sayangilah diriku dalam segala keadaan, kasihilah diriku dalam segala perkara, Ilahi Rabbi, kepada siapa lagi selain Engkau, aku bermohon dihilangkan kesengsaraanku, dan diperhatikan urusanku, tiada alasan bagiku untuk menolak ketentuan yang Engkau tetapkan bagiku, demikian pula hukum dan ujian yang menimpaku. Aku datang kini menghadapMu, Ya Ilahi dengan segala kekuranganku, dengan segala kedurhakaanku…


Shalat dan rahasia kesehatan

            Seorang dokter di Amerika Serikat telah memeluk Islam karena beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima akal fikiran. Dia adalah seorang dokter neurology.
            Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan pengobatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan,”Pengobatan melalui al-Qur’an”. Kajian pengobatan melalui al-Qur’an membuatkan obat-obatannya berdasarkan apa yang terdapat di dalam al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuk berpuasa, madu, habbatussauda’ (black seed) dan sebagainya.
            Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka dokter tersebut memberitahu bahwa semasa beliau melakukan kajian urat syaraf, terdapat beberapa urat syaraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
            Setelah membuat kajian yang memakan waktu, akhirnya beliau mendapati bahwa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sedang sujud saat mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu saja.
            Ini berarti bahwa darah hanya akan memasuki urat tersebut sesuai kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keaguangan ciptaan Allah.
            Jadi barangsiapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
            Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menjalankan agama Islam “sepenuhnya” karena sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamaNya yang indah ini

Assalamu'alaikum






Free Blog Content







ShoutMix chat widget